Sunday, 19 October 2014

Kejayaan Tidak Datang Bergolek

ASSALAMUALAIKUM

Kejayaan tidak akan datang bergolek.
Kejayaan perlukan Usaha yang kuat, berterusan  dan Doa pada Allah.
Jangan cepat berputus asa dengan apa yang kita lakukan.
Untuk berjaya perlukan masa dan pengorbanan yang tinggi.
Sebagai seorang Islam sudah semestinya kita wajib percaya Qada dan Qadar.
Kita mesti Yakin yang rezeki semua nya dari  Allah.
Wajib juga menunaikan Solat 5 waktu.
Jangan sibuk mencari harta dunia sampai lupa Akhirat.
Kerana kalau kita mengejar Dunia, Dunia akan jauh meninggalkan kita.
Sebaliknya kalau kita mengejar Akhirat, Dunia pula yang datang pada kita.
So, jangan lah kita menjadi manusia yang rugi di Dunia dan Akhirat.
Ramai juga yang tahu, tentang kehebatan Solat sunat Dhuha.
Solat  sunat di pagi hari.
2 rakaat 1 salam.
Anda patut amalkan. Memang berbaloi.
Apa yang penting kena betul2 yakin pada  Allah.
Yakin yang Allah ada bersama kita sentiasa.

Bercerita pengalaman saya pada awal 2012. Saya benar2 memerlukan wang sebanyak RM 6,000 untuk kos rumah dan lain2.
Saya berdoa dan memohon seyakin yakin nya.
Saya bercerita masalah saya pada Allah dalam doa itu. Saya bercerita dan merintih.
Alhamdulillah, dalam masa 1 minggu sahaja saya dapat ngam2 RM 6,000.

Pengalaman kedua saya pula semasa keluarga ajak teman mereka pergi ke Indonesia.
Saya hanya ada RM 20 sahaja masa tu.
Saya mula bingung. Kami sepatutnya bertolak lusa. Tiket mereka dah belikan tahun lepas nya.
Saya solat sunat Dhuha dulu dan berdoa seyakin yakin nya. Bercerita dan merintih. Agar  dapat pergi ikut keluarga kerana tiada yang menjaga mereka di sana nanti.
Alhamdulillah, dalam masa setengah jam saja saya keluar dari Surau Giant tu, ada pelanggan datang Booking kereta untuk beli  Cash . maka dapat lah saya Komisyen RM 1,000.
Cukuplah saya untuk ke Indonesia.

Ingat, yang penting kena Yakin..
Allah beri rezeki tu tepat pada waktunya dan keperluan kita.
So, hentikan bersungut.
Just lakukan tanggungjawab sebagai hamba.
Tak dapat yang sunat pun xpa. Asalkan yang Wajib kena buat.
Mungkin slow2 kita dapat buat amalan Sunat.
Rasulullah SAW bersabda. Sebaik baik amalan adalah yang sedikit tetapi berterusan..
Pesanan ini buat teman2 dan diri saya sendiri.

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment